Monday, September 24, 2007

Majllis Makan Malam Keluarga

Detik kegembiraan ini kian hampir tiba...14 Oktober 2007, Majlis Makan Malam Keluarga akan diadakan. Ini merupakan majlis perhimpunan keluarga kali-2 diadakan.

Aku sendirian makin kalut dengan persiapan untuk majlis itu...banyak lagi rasanya perkara perlu diselesaian sebelum balik kampung. Entah la, rasanya dah lama persiapan dibuat tapi masih tak siap. Nasib baik ada Che Sue dan anak2 buah sedia membantu. Terima kasih Lee, Dira, Hafiz, Ila & Danial dan Farah & Fatin kerana sudi tolong Che Noor dapatkan maklumat keluarga masing2.

Harapan kita semoga majlis berjalan dengan lancar...


Che Noor.
Kinrara, Puchong.

Thursday, September 20, 2007

Keluarga Ku Syurga Ku

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Hj Ibrahim dan Hjh Azizon.....

Semoga blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita...harap setiap keluarga dapat menyumbang artikel atau berita-berita terkini mengenai keluarga masing2.

Che Noor
Kinrara, Puchong