Monday, October 29, 2007

Majlis Makan Malam Keluarga

Detik ini tiba jua....14 Oktober 2007, bermula jam 8.00 malam setiap keluarga tiba di perkarangan Restoren 4 Season dengan gaya dan penampilan tersendiri. Ada yang berbaju melayu lengkap dengan songkok dan sampin, berbaju batik, berbaju kurung dan berkebaya. Kacak dan lawa semuanye.

Kedatangan tetamu undangan khas Umi dan Ayah Mat dan juga Nab dan anaknya Lan, sangat dialu-alukan. Ketibaan Bonda tercinta, Hjh Azizon Che Ishak bersama Kekanda Azhar sekeluarga disambut di luar perkarangan restoren.

Lebih kurang jam 8.30 malam majlis dimulakan dengan kata-kata pembuka oleh pengerusi majlis, Hafiz. Bagi meneruskan majlis, Kekanda Badruddin telah dijemput untuk berucap selaku kekanda tertua di majlis tersebut (Kekanda Azman dan keluarga beraya di Kuala Lumpur). Setelah itu dikuti oleh ucapan dari Kekanda Zulkefli, Kekanda Zaidi dan juga Kekanda Azhar. Seterusnya ucapan doa selamat telah dibaca oleh Bonda Azizon sebelum diikuti dengan sesi makan malam.





Che Noor,
Bandar Kinrara, Puchong

Monday, September 24, 2007

Majllis Makan Malam Keluarga

Detik kegembiraan ini kian hampir tiba...14 Oktober 2007, Majlis Makan Malam Keluarga akan diadakan. Ini merupakan majlis perhimpunan keluarga kali-2 diadakan.

Aku sendirian makin kalut dengan persiapan untuk majlis itu...banyak lagi rasanya perkara perlu diselesaian sebelum balik kampung. Entah la, rasanya dah lama persiapan dibuat tapi masih tak siap. Nasib baik ada Che Sue dan anak2 buah sedia membantu. Terima kasih Lee, Dira, Hafiz, Ila & Danial dan Farah & Fatin kerana sudi tolong Che Noor dapatkan maklumat keluarga masing2.

Harapan kita semoga majlis berjalan dengan lancar...


Che Noor.
Kinrara, Puchong.

Thursday, September 20, 2007

Keluarga Ku Syurga Ku

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Hj Ibrahim dan Hjh Azizon.....

Semoga blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita...harap setiap keluarga dapat menyumbang artikel atau berita-berita terkini mengenai keluarga masing2.

Che Noor
Kinrara, Puchong